Portal Cikgu M
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Berusaha menjadi antara yg terbaik...
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
PERHATIAN
Daftarlah sekarang... percuma, mudah & cepat... utk melihat semua ruangan...
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

Most users ever online was 105 on Fri Apr 09, 2021 2:03 pm
Latest topics
» Perkongsian Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Mon Apr 13, 2020 10:33 am

» KONSEP MUZIK
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Thu Oct 17, 2013 12:01 pm

» bagaimanakah cara nak tukar not nombor kepada not biasa??
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Sat Oct 12, 2013 3:10 pm

» Ranking Portal Cikgu M
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Sat May 18, 2013 2:46 pm

» CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A)
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Thu May 09, 2013 8:21 am

» Ingin tinggalkan mesej?
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Fri Apr 26, 2013 4:51 am

» CIRI-CIRI PENSKORAN KERTAS 012 PENULISAN BAHAGIAN A
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:44 pm

» TIP PEMERIKSA
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:26 pm

» PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:23 pm

» Zoltan Kodaly
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 5:02 am

» TOKOH MUZIK
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:24 am

» SKEL MINOR
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:07 am

» LATIHAN KOIR
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 3:58 am

» PEPERIKSAAN UPSR BERMULA HARI INI
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 1:16 am

» SKEL MAJOR
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Emptyby Admin1 Mon Sep 10, 2012 10:19 am

Pautan Berguna
Forum Mari Belajar (FMB)
JPN SABAH
KPM
SPP
e-Penyata Gaji
e-HASIL
PCgM Shoutbox



 

 Hala Tuju Pendidikan 2010—2012

Go down 
AuthorMessage
Admin1




Posts : 683
Join date : 2011-09-23

Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Empty
PostSubject: Hala Tuju Pendidikan 2010—2012   Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 EmptyFri Aug 17, 2012 10:26 am



HALUAN
KERJA
PENDIDIKAN
MEREALISASIKAN AGENDA TRANSFORMASI NEGARA

DATO’ ABD. GHAFAR MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Pucuk pimpinan Kementerian Pelajaran Malaysia Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia, dalam ucapan dasar Persidangan Perkembangan Baru Dalam Pendidikan 2010—2012 pada 28 Oktober 2009 telah membentangkan hala tuju jentera pendidikan negara seperti berikut:

Pertama — merealisasikan matlamat asas pendidikan membentuk sahsiah insan melalui penerapan nilai-nilai murni ke dalam jiwa peribadinya agar ia menjadi insan yang baik (rijālan sālihan fїnafsih);

Kedua — merealisasikan hasrat sistem pendidikan kebangsaan membentuk modal insan yang menguasai ilmu dan kemahiran dan memiliki keperibadian insan yang mulia untuk memajukan ekonomi negara; dan

Ketiga — merealisasikan aspirasi ‘1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ dengan melakukan transformasi dan pembaharuan pendidikan ke arah pencapaian matlamat berikut:

a)Mempertingkatkan akses kepada pendidikan berkualiti;

b)Menyempurnakan tanggungjawab Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) komponen pendidikan: meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah sebanyak 20 peratus pada akhir tahun 2012, memantapkan penguasaan literasi dan numerasi murid, mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, dan meningkatkan profesionalisme pengurusan dan kecemerlangan sekolah; dan

c)Menyempurnakan tanggungjawab Bidang Keberhasilan Utama Kementerian Pelajaran Malaysia — memperkasakan pendidikan vokasional dan kemahiran, dan memastikan semua sekolah mendapat bekalan elektrik 24 jam.

Selanjutnya beliau menegaskan:
‘… bahawa kesemua sasaran yang ditetapkan ini adalah sesuatu yang realistik dan boleh dicapai. Soalnya ialah sejauh mana kita sebagai warga pendidik bersedia untuk berusaha dengan gigih dan istiqamah dalam mencapai sasaran meningkatkan kualiti pendidikan negara. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.Oleh itu, pelaksanaan NKRA menuntut amalan budaya kerja cemerlang, sikap kebertanggungjawaban dan semangat mujahadah setiap daripada kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa. Justeru, tugas besar yang menanti warga pendidik ialah untuk menjayakan transformasi dan pembaharuan pendidikan dengan satu hasrat dan satu tekad bagi meningkatkan mutu pendidikan negara. Ini adalah satu amanah besar yang tergalas di bahu kita semua. Untuk itu, seluruh warga pendidik perlu saling bantu membantu dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab mulia ini, dengan hasrat untuk menghasilkan kejayaan secara kolektif. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing.




Last edited by Admin1 on Fri Aug 17, 2012 11:17 am; edited 2 times in total
Back to top Go down
Admin1




Posts : 683
Join date : 2011-09-23

Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Empty
PostSubject: Re: Hala Tuju Pendidikan 2010—2012   Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 EmptyFri Aug 17, 2012 10:33 am

Retrospeksi
Dalam konteks pelaksanaan tugas dan tanggungjawab mulia tersebut, tujuh belas tahun yang lalu, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Tan Sri Dato’ Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd. Noordin menutup ucapan dasar beliau dalam Persidangan Pendidikan Nasional Pertama di Institut Aminuddin Baki dengan ungkapan berikut:
‘Cita-cita dan matlamat negara bangsa telah ditetapkan dalam Wawasan 2020. Hasrat kita juga telah diungkapkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Yang perlu dilakukan ialah untuk kita menyempurnakan hasrat dan mencapai matlamat. Dalam hubungan ini sistem tampil menjadi wadah dan wahana yang terpenting. Ini bermakna amanah dan harapan yang dipikulkan di atas pundak kita amat besar sekali. Justeru pilihan yang ada pada kita ialah untuk menerima amanah ini dan menyempurnakannyadengan baik. Walau bagaimanapun untuk menjaminkan amanah ini terlaksana dan harapan terkabul, kita perlu menilai dan memperbaiki diri, cara bekerja dan juga sistem delivery agar semuanya berada dalam keadaan baik dan “top gear”.

Intipati seruan beliau ialah setiap pendidik menilai dan memperbaiki diri, menilai dan memperbaiki cara bekerja, menilai dan memperbaiki sistem penyampaian pendidikan demi merealisasikan aspirasi besar ‘negara maju menjelang tahun 2020’ yang tergarap dalam Wawasan 2020, yang menjadi agenda utama Kerajaan bermula pada tahun 1991.

Dua dekad telah berlalu dan sembilan tahun lagi fajar 2020 akan menjelma. Warga dunia, khususnya warganegara perindustrian maju, bergerak pantas dalam semua arah kehidupan manusia, bersama-sama dengan fenomena globalisasi, fenomena teknologi digital, anjakan daripada ekonomi pembuatan kepada ekonomi perkhidmatan, anjakan daripada daya upaya mesin kepada daya upaya minda, daripada kreativiti kepada imaginasi, daripada invensi kepada inovasi. Semuanya tiada lain matlamatnya, kecuali mempertingkatkan daya saing demi menjuarai segala persaingan dan menguasai segala medan kehidupan.




Back to top Go down
Admin1




Posts : 683
Join date : 2011-09-23

Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Empty
PostSubject: Re: Hala Tuju Pendidikan 2010—2012   Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 EmptyFri Aug 17, 2012 10:41 am

Daya Saing
Inilah fenomena baharu yang didepankan kepada kita — daya saing, competitiveness. Dalam bahasa ekonomi, daya saing bermaksud keupayaan menghasilkan produk atau perkhidmatan yang kualitinya lebih tinggi dan harganya lebih rendah daripada produk atau perkhidmatan pesaing, dan mendatangkan pulangan pelaburan yang lebih besar. Dalam bahasa pengurusan, daya saing adalah natijah daripada produktiviti.

Salah satu elemen utama produktiviti ialah inovasi. Inovasi menuntut kehadiran tenaga otak, ketajaman daya fikir, kekuatan daya imaginasi, dan kreativiti. Inilah titik pertemuan antara daya saing dengan pendidikan, pembelajaran, sekolah dan bilik darjah.

Titik pertemuan inilah yang mendorong Amerika Syarikat (USA), negara yang sudah sedia maju, negara yang ekonominya tergolong dalam ‘ekonomi pendapatan tinggi’, mengambil inisiatif mempertingkatkan daya saingnya
menerusi pendidikan. Ikhtiar terkini negara kuasa besar itu ialah untuk menyediakan asas bagi kemakmuran jangka panjang dengan melabur dalam pendidikan. Beginilah bunyinya guiding principles dalam American Recovery and Reinvestment Act 2009 yang telah diluluskan oleh Kongres USA:

‘Providing a high-quality education for all children is critical to America’s economic future. Our nation’s economic competitiveness and the path to the American Dream depend on providing every child with an education that will enable them to succeed in a global economy that is predicated on knowledge and innovation … America’s public schools to deliver a 21st Century education that will prepare all children for success in the new global workplace, … promoting world-class academic standards and a curriculum that fosters critical thinking, problem solving, and the innovative use of knowledge to prepare students for college and career.’


Back to top Go down
Admin1




Posts : 683
Join date : 2011-09-23

Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Empty
PostSubject: Re: Hala Tuju Pendidikan 2010—2012   Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 EmptyFri Aug 17, 2012 10:48 am

Ekonomi Pendapatan Tinggi
Keperluan mengekalkan tahap daya saing menjadi semakin mendesak kepada negara yang berhasrat menyertai kelab negara-negara berekonomi pendapatan tinggi. Berdasarkan klasifikasi Bank Dunia, pada masa ini, antara negara rantau Asia Pasifik yang sudah mencapai status ekonomi pendapatan tinggi ialah Australia, Brunei, Korea Selatan, New Zealand, Singapura dan Taiwan.

Bagaimanakah Korea Selatan, yang pernah dijajah oleh Jepun, yang menderita sengsara akibat Perang Korea dan sekian lama terjebak dalam pergolakan politik di semenanjung Korea, melonjakkan ekonominya sehingga tersenarai dalam kelab negara-negara berekonomi pendapatan tinggi Bank Dunia? Lebih empat dekad yang lalu, sarjana ekonomi Universiti Korea, Profesor Jong-Wha Lee, membentangkan jawapan kepada persoalan tersebut menerusi kertas kajian beliau, Economic Growth and Human Development in the Republic of Korea, 1945-1992 4, yang diterbitkan dalam Human Development Reports 1997.

Sarjana tersebut menurunkan catatan berikut sebagai abstrak kertas kajian itu: ‘… Korea’s economic growth has benefitted from the education level of its human resources, which have played a key role in absorbing advanced technology from the developed countries.’ Seterusnya beliau berkata: ‘One of the most surprising
characteristics of Korean development is that the nation has accumulated a stock of educated work-force at an unprecedented rate.’ Kata sarjana itu lagi: ‘Korea has achieved the largest increase in human capital stock — in terms of absolute level of average years of schooling — over the last three decades (1960—1990). Although a number of economies, such as Botswana, Hong Kong, Singapore and Taiwan, have achieved income growth rates as high as that of Korea, none of them has achieved educational growth comparable to that of Korea. For instance, in 1960 Singaporean adults as a whole had 4.3 schooling years, just as many as Koreans had, but their mean years of schooling climbed to only 6.1 years in 1990, compared to 9.9 years in Korea.’

Purata tahun persekolahan rakyat dewasa Korea Selatan pada tahun 2010, sebagaimana yang dilaporkan dalam Human Development Index 2010 5 terbitan United Nations Development Programme, ialah 11.6 tahun. Bagi Malaysia, nilainya ialah 9.5 tahun — lebih sepuluh tahun di belakang Korea Selatan. (Sepuluh tahun yang lalu, tahun 2000, purata tahun persekolahan bagi rakyat dewasa Korea Selatan ialah 10.6 tahun.)

Selanjutnya Profesor Jong-Wha Lee mencatatkan: ‘The development of education in Korea shows another notable feature: a superb quality of education. Although it is very difficult to measure the quality of education and even more difficult to make cross-country comparisons, schooling quality is often measured by the scores of internationally comparable tests of pupils’ achievement in cognitive skills such as numeracy, literacy and scientific reasoning. Evidence shows that test scores of cognitive achievement are highly correlated to future earnings of students.

Beliau seterusnya memetik laporan ujian penguasaan mata pelajaran sains dan matematik dalam kalangan murid berusia 13 tahun dari 19 negara kelolaan International Association for the Evaluation of Educational Achievement (IEA) tahun 1991. Laporan itu memaparkan pencapaian cemerlang murid-murid Korea Selatan — tempat pertama dalam ujian mata pelajaran sains dan tempat kedua dalam mata pelajaran matematik. Berdasarkan fakta tersebut, Profesor Jong-Wha Lee berkata: ‘Judged from this measure of schooling quality, Korea seems to have accumulated well educated human capital, at least at primary and secondary levels, compared to most of the countries in the world.’

Rumusan Profesor Jong-Wha Lee terhadap dapatan kajian beliau ialah: ‘It is noted that economic growth and human development have been closely related and interacted with each other throughout periods of high economic growth. First of all, human capital is considered one of the major factors in explaining Korea’s remarkable economic growth. The contribution of human capital to growth goes beyond that indicated by conventional growth accounting because the abundant well-educated human resources have been playing a key role in the absorption of advanced technology from developed countries and thereby bringing about Korea’s high levels of technological progress.’

Back to top Go down
Admin1




Posts : 683
Join date : 2011-09-23

Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Empty
PostSubject: Re: Hala Tuju Pendidikan 2010—2012   Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 EmptyFri Aug 17, 2012 11:02 am

Pemerhatian sarjana Universiti Korea itu ada kewajarannya. Kehadiran modal insan aras tinggi bukan sahaja diperlukan dalam ekonomi berasaskan pengetahuan, malah merupakan faktor kritikal dalam perkembangan satu lagi keperluan asas pertumbuhan ekonomi — teknologi. Teknologi tidak seperti fauna dan flora dalam belantara yang bertumbuh dan berkembang tanpa campur tangan manusia. Teknologi menuntut campur tangan manusia yang terdidik, terlatih, kreatif, inventif dan inovatif bagi mengekalkan kebolehgunaannya dalam gerakan memajukan ekonomi dan memakmurkan umat manusia. Dengan kata-kata lain, modal insan merupakan faktor penentu kepada pertumbuhan produktiviti yang menjadi prasyarat kepada penjanaan ekonomi pendapatan tinggi.

Selain daripada daya upaya memperkembang dan mempermaju teknologi, modal insan aras tinggi juga berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi yang dibawa masuk dari negara-negara industri maju.
Pencernaan teknologi, adalah satu lagi elemen yang dapat merangsang pertumbuhan ekonomi, khususnya ekonomi negara sedang membangun seperti Malaysia. Hanya modal insan aras tinggi yang dapat mencerna dan mengadaptasi asas-asas pengetahuan yang datang bersama-sama dengan pelbagai perkakasan moden dan teknologi canggih yang diimport. Hanya modal insan aras tinggi yang berupaya memanipulasi dan mengembangkan idea-idea dan asas-asas pemikiran yang tersembunyi dalam segenap peralatan dan mesin yang dibeli dari negara-negara anggota kelab ekonomi pendapatan tinggi.

Tanpa kehadiran mereka, tanpa kehadiran modal insan aras tinggi, tanpa kehadiran k-pekerja, kita selamanya menjadi pengguna yang hanya mampu menikmati faedah jangka pendek daripada penggunaan perkakasan dan teknologi tersebut. Kita selamanya juga akan bergantung kepada tenaga otak dan daya inovatif modal insan negara-negara maju. Selama-lamanya negara kita menjadi pembeli teknologi dan penimbun perkakasan. Selamanya kita terpaksa meneroka hasil-mahsul kurniaan Tuhan untuk menjadi tukaran dengan teknologi moden janaan otak manusia di negara maju.

Demikian rahsia pencapaian negara Korea Selatan. Seawal tahun enam puluhan, k-pekerja dan k-pengurusnya dihantar ke negara-negara maju untuk mempelajari dan memahami asas-asas ilmu dan asas-asas pemikiran yang terkandung dalam teknologi yang digunakan di negara- negara berkenaan. Seawal tahun enam puluhan mereka dihantar ke Scotland untuk menguasai pengetahuan berkenaan pembinaan kapal. Hari ini Korea Selatan bukan sahaja berupaya membina kapal dagang dan kapal perang untuk kegunaan sendiri, malah berupaya mengeksport kapal tangki, kapal pengangkut gas dan petroleum, kapal penumpang dan kapal perang kepada komuniti antarabangsa.

Ambil sahaja profil syarikat Daewoo Shipbuilding and Marine Engineering Company Limited 6 sebagai misalan. Syarikat milik bangsa Korea ini bukan sahaja beroperasi di Seoul, malah menjalankan perusahaan di China, Romania dan Amerika Syarikat. Dengan kekuatan 31 ribu k-pekerja, syarikat ini bukan sahaja berupaya menghasilkan 80 buah kapal setahun, malah menyumbangkan pelantar dan perkakasan canggih bagi eksplorasi dan pengeluaran gas dan petroleum kepada masyarakat manusia sejagat. Perolehannya pada tahun 2010? Lebih daripada US$3 bilion. Itulah sumbangannya kepada ekonomi berpendapatan tinggi Korea Selatan.

Malahan bangsa Korea juga berupaya menghasilkan state-of-the-art technology bertaraf dunia, terutamanya dalam bidang teknologi nuklear, teknologi angkasa lepas dan telekomunikasi.

Demikian impak modal insan aras tinggi hasilan pendidikan dan persekolahan. Demikian juga konklusi sepasukan penyelidik yang diketuai oleh E. Borenszteina daripada International Monetary Fund terhadap persoalan ‘How Does Foreign Direct Investment Affect Economic Growth?’ yang diterbitkan dalam Journal of International Economics pada tahun 1998: ‘The most robust finding of this paper is that the effect of foreign direct investment on economic growth is dependent on the level of human capital available in the host economy. There is a strong positive interaction between foreign direct investment and the level of educational attainment (our proxy for human capital).
Back to top Go down
Admin1




Posts : 683
Join date : 2011-09-23

Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Empty
PostSubject: Re: Hala Tuju Pendidikan 2010—2012   Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 EmptyFri Aug 17, 2012 11:19 am

Kelestarian Jati Diri
Human capital, modal insan, bukanlah mesin atau robot yang bekerja dalam loji perindustrian atau firma perkhidmatan. Modal insan adalah makhluk sosial yang dilahirkan oleh sejarah kemanusiaan yang panjang, berbudaya, berjati diri dan memikul tanggungjawab melestarikan peradaban bangsanya dan mengekalkan kedaulatan negaranya.

Modal insan tidak gersang sebagaimana modal fizikal. Modal insan memiliki kalbu, emosi, akal dan rohani. Dengan kalbu, insan dapat menerima petunjuk Ilahi dan mendapat intuisi. Dengan emosi, insan memiliki motivasi dan dorongan kemahuan untuk mencapai kejayaan demi kejayaan. Komponen akal pula mengupayakan insan menanggapi, menaakul, memahami dan menguasai ilmu serta menduga cabaran mendatang dan merencana strategi tindakan. Manakala komponen rohani menjadi pembeza antara insan dengan haiwan serta menjadi laluan masuk sifat-sifat kemuliaan insan, keehsanan dan kebijaksanaan.

Modal fizikal hanyalah alat, modal insan memikul tanggungjawab. Tanggungjawab insan ialah untuk menyempurnakan hubungannya dengan Tuhan, diri sendiri, insan lain dan alam sekitar. Hubungan insan dengan Tuhan ialah penyerlahan dirinya sebagai hamba yang sentiasa bersyukur dan bertawakal. Manakala hubungannya dengan diri sendiri, insan lain dan alam sekitar ialah penyempurnaan tugasnya sebagai khalifah yang memimpin, mengurus, memajukan dan mensejahterakan kehidupan diri sendiri, tetangga, masyarakat dan negara, dan mengekalkan keseimbangan dan kelestarian alam sekitar.

Justeru Falsafah Pendidikan Kebangsaan mendeskripsikan tekad pendidikan nasional untuk menempa modal insan idaman seperti berikut:

‘Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.’

Deskripsi modal insan inilah juga yang dimaksudkan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar-Dasar Pelajaran:

‘Untuk kepentingan pembangunan negara, tenaga rakyat yang diperlukan bukan sahaja perlu dilihat dari segi bilangan jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, bahkan perlu dilihat dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima.

Dari segi sikap, mereka jujur dan dedi kasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap, bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak dengan baik, sama ada secara sendiri mahupun secara beramai- ramai dengan berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia.

Tegasnya, individu yang dilahirkan daripada sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.’

Rasional pernyataan Jawatankuasa Kabinet itu ialah bangsa yang mulia dan negara yang kuat tidak semata- mata bergantung kepada keampuhan fizikal yang bercorak ekonomi dan teknologi. Keampuhan ekonomi dan kemajuan teknologi sahaja tidak mencukupi kerana bangsa dan negara Malaysia harus membangunkan kekuatannya dan merealisasikan identitinya berasaskan kerangka budaya, ilmu, pengetahuan, akhlak mulia, jati diri yang teguh, rasa pertanggungjawaban yang utuh, semangat patriotisme yang membara dan keberanian yang jitu.

Ringkasnya, modal insan yang diperlukan oleh negara ialah modal insan yang memiliki kelestarian jati diri, yakni bukan sahaja berketerampilan, berdaya fikir dan berdaya saing, malahan sentiasa berjuang demi mengekalkan kemerdekaan negara dan berusaha berterus-terusan demi mengatasi segala kelemahan, dan melangkaui segala batasan dan hambatan kemajuan, serta menyeberangi sempadan yang menghambat kreativiti dan inovasi. Inilah modal insan yang konstruktif dan yang berkecimpung dalam arena penyelesaian masalah manusia sejagat.

Ini bermakna modal insan keluaran pendidikan dan persekolahan kita wajib memiliki keupayaan dan kemampuan menanggapi masalah, memahami dan mencerakini masalah, merencana dan merumus jalan penyelesaian masalah, melaksanakan dan memantau kerja-kerja penyelesaian masalah, dan menilai dan menyemak perencanaan, pekerjaan dan hasilan tindakan.

Dalam konteks Malaysia, modal insan keluaran pendidikan dan persekolahan wajib juga memiliki pengetahuan yang benar, kefahaman yang tepat dan kesedaran yang mendalam terhadap kemajmukan masyarakat, anutan dan kebudayaan pelbagai kelompok etnik yang berbeza agama dan adat resamnya namun masih mempunyai nilai-nilai murni sepunya. Demikian juga aspek sejarah pembinaan negara dan bangsa Malaysia, Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Bahasa Kebangsaan yang menjadi rukun, asas serta tatakehidupan bermasyarakat dan bernegara.

Maka tergarap mukadimah berikut dalam Akta Pendidikan 1996:

‘Dan bahawasanya dasar yang dinyatakan di atas akan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama, Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya dan yang akan memenuhi keperluan negara, serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara.’


‘First comes thought,
then the organization of that thought into ideas and plans;
then transformation of those plans into reality.’
NAPOLEON HILL (1883-1970)
Back to top Go down
Sponsored content





Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Empty
PostSubject: Re: Hala Tuju Pendidikan 2010—2012   Hala Tuju Pendidikan 2010—2012 Empty

Back to top Go down
 
Hala Tuju Pendidikan 2010—2012
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Soalan Psikologi Pendidikan
» MATLAMAT PENDIDIKAN MUZIK
» OBJEKTIF PENDIDIKAN MUZIK
» UPSR 11 SEPTEMBER 2012
» PENGISIAN SAPS 2012

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Portal Cikgu M :: TOPIK-TOPIK LAIN :: Isu-Isu Semasa-
Jump to: