Subject: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A) Sun Nov 11, 2012 1:37 pm
Arahan Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar di bawah ini.
Contoh Jawapan 1. Ayah sedang menebas semak samun dengan menggunakan sabit. 2. Ibu pula sedang menanam pokok bunga di dalam pasu. 3. Adik membantu ibu memasukkan tanah ke dalam pasu bunga. 4. Abang pula memasang tali pada ampaian. 5. Kakak menyapu daun-daun kering lalu melonggokkannya.
Admin1
Posts : 683 Join date : 2011-09-23
Subject: Re: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A) Sun Nov 11, 2012 1:45 pm
Arahan Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
Contoh Jawapan 1. Sebuah keluarga sedang bersiar-siar di taman bunga. 2. Lelaki itu membawa anak lelakinya yang sakit ke klinik. 3. Budak perempuan itu sedang membantu ibunya di dapur. 4. Seorang kakak sedang mengajar adiknya membaca buku. 5. Wanita itu bersalam dengan suaminya yang hendak ke tempat kerja.
Admin1
Posts : 683 Join date : 2011-09-23
Subject: Re: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A) Sun Nov 11, 2012 1:54 pm
Arahan Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah ini.
Contoh Jawapan 1. Dua orang murid sedang menggunakan jejantas untuk menyeberangi jalan raya. 2. Murid-murid menoleh ke kiri dan ke kanan sebelum melintas jalan raya. 3. Seorang ibu memimpin tangan anaknya semasa hendak melintas jalan raya. 4. Murid-murid melintas jalan raya di lintasan belang. 5. Murid-murid melintas jalan raya apabila lampu isyarat pejalan kaki menunjukkan hijau.
michaelrajimin
Posts : 21 Join date : 2011-09-22
Subject: Re: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A) Thu Jan 10, 2013 5:17 am
Suasana di halaman rumah.
Cadangan Jawapan: 1. Tiga orang kanak-kanak lelaki sedang bermain guli. 2. Seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang basikal. 3. Tiga orang kanak-kanak sedang membeli ais krim. 4. Seorang wanita sedang mengangkat pakaian di ampaian. 5. Dua orang kanak-kanak perempuan sedang bermain anak patung.
Last edited by michaelrajimin on Thu Jan 10, 2013 5:36 am; edited 1 time in total
michaelrajimin
Posts : 21 Join date : 2011-09-22
Subject: Re: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A) Thu Jan 10, 2013 5:21 am
Suasana di sekolah.
Cadangan Jawapan: 1. Seorang murid sedang melukis mural pada dinding. 2. Seorang murid lagi sedang mewarnakan mural itu. 3. Seorang murid yang lain membawa bekas berisi cat ke situ. 4. Beberapa orang murid menanam pokok bunga di kawasan sekolah. 5. Tiga orang murid sedang mengecat bangku di taman sains.
Last edited by michaelrajimin on Thu Jan 10, 2013 5:35 am; edited 1 time in total
michaelrajimin
Posts : 21 Join date : 2011-09-22
Subject: Re: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A) Thu Jan 10, 2013 5:27 am
Suasana di bank.
Cadangan Jawapan: 1. Pengawal keselamatan ditugaskan untuk mengawas keselamatan pelanggan di bank. 2. Lelaki itu sedang mengambil nombor giliran. 3. Wanita itu sedang mengisi borang pengeluaran wang. 4. Beberapa orang kakitangan bank sedang berurusan dengan pelanggan di kaunter. 5. Para pelanggan menunggu giliran dengan sabar.
michaelrajimin
Posts : 21 Join date : 2011-09-22
Subject: Re: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A) Thu Jan 10, 2013 5:33 am
Suasana di hospital.
Cadangan Jawapan: 1. Doktor yang bertugas sedang memeriksa seorang kanak-kanak lelaki. 2. Wanita itu menemani anak lelakinya yang sedang diperiksa oleh doktor. 3. Jururawat yang berdiri di sebelah doktor itu mencatatkan sesuatu pada kad laporan pesakit. 4. Seorang ibu menyuapkan makanan kepada anak lelakinya yang terlantar sakit. 5. Seorang jururawat sedang membantu seorang pesakit berjalan.
Admin1
Posts : 683 Join date : 2011-09-23
Subject: Re: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A) Thu May 09, 2013 8:21 am
Semoga maklumat ini dapat membantu para pelajar khususnya calon upsr.
Sponsored content
Subject: Re: CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A)