'
A philosophy of Music Education: Advancing the vision'
Bermula dari tahun 1978 hingga bersara pada 1997, Reimer telah memegang beberapa jawatan. Antaranya sebagai Emeritus muzik di Northwestern Universiti, Pengerusi di Jabatan pendidikan Muzik, Pengarah Ph.D di Program Pendidikan Muzik serta pengasas dan pengarah di Pusat Kajian Pendidikan dan Pengalaman Muzik (Centre for the Study of Education and The Musical Experience). Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda dalam Pendidikan Muzik dari State Universiti of New York di Fredonia serta Sarjana dan Doktor dalam pendidikan muzik dari Universiti of Illinois.
Memulakan kariernya dalam bidang muzik sebagai pemain klarinet dan obo, Reimer kemudiannya menjadi pakar dalam pembangunan kurikulum, teori penyelidikan dan program pendidikan seni. Rekod pendidikan beliau :
a) State Universiti of New York, College at Fredonia. B.S ( 1954 ).
b) Universisti of Illinois. M.S (1955).
c) Universiti of Illinois. Ed.D (1963).
PEKERJAAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN
a) Fakulti di Case Western Reserve Universiti, Cleverland, Ohio (1965 – 1978).
b) Pengerusi di Music Education Department, Universiti of Illinois, Urbana (1960 - 1965).
c) Madison College, Harrisonburg, Virginia (1958 – 1960).
d) Richmond Proffesional Institute of the College of William and Mary (1955 – 1957).
Selain daripada sebagai penulis, Reimer juga ialah seorang pensyarah muzik dan pendidikan seni.
PENERBITAN : Reimer menerima anugerah “Legend of Teaching” daripada Northwestern Universiti, School of Music dan Ijazah kehormat daripada Depaul Universiti, Chicago. Beliau merupakan seorang pengarang atau penyunting kepada dua dozen buku dan lebih daripada 150 artikel, babak dan ulasan. Tulisan, ajaran dan syarahannya merangkumi perbezaan topik termasuk falsafah dalam pendidikan muzik, teori kurikulum, teori penyelidikan, isu kepelbagaian budaya, cerdik pandai muzik, antara disiplin ( interdisiplin ) prinsip-prinsip kesasteraan, pendidikan keguruan, isu pendidikan muzik antarabangsa dan aplikasi dalam psikologi kognitif dalam muzik.
Jurnal “The Journal of Aesthetic Education, Mussing: Essays in Honor of Bennett Reimer telah diterbitkan pada musim sejuk 1999. Beliau menjadi pengarah dan peserta dalam banyak projek nasional dan antarabangsa selain memberi syarahan dan pembentangan di seluruh dunia. Buku beliau yang bertajuk “A Philosophy of Music Education” diterbitkan pertama kalinya pada tahun 1970, diulang cetak pada 1989 dan edisi ketiganya “A philosophy of Music Education: Advancing the vision” diterbitkan pada 2003. Edisi ke tiganya juga telah diterjemahkan dalam bahasa Perancis, Jepun dan china. Edisi Bahasa Greek juga sedang dalam persediaan. “Silver Burdett Music” buku teks karyanya telah digunakan oleh pelajar-pelajar muzik gred 1 – 8 dengan meluas diseluruh dunia selama lebih dua dekad.
PENGLIBATAN PROFESIONALReimer merupakan penyunting untuk kebanyakkan jurnal-jurnal utama dan menjadi Pengerusi Music Educators National Conferene ( MENC ) Committee on Aesthetic Education. Beliau pernah mewakili MENC sebagai ahli The Alliance for Curriculum Programme yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Beliau juga merupakan salah seorang daripada enam ahli yang menulis tentang National Standards for music Education. Salah seorang daripada enam ahli ( Ommision Authors of Position Paper for the MENC vision 20/20 project. Pengarah kepada projek penyelidikan 3 tahun berkaitan kurikulum am muzik yang ditaja oleh Pejabat Pendidikan U.S. Penyelidik kepada projek “From Kindergarten through Conservatory in China dan Harvard Project Zero.
FALSAFAH : Reimer percaya bahawa muzik wujud dalam diri setiap individu dan nilai-nilai estetika muzik tidak semata-mata untuk golongan elit sahaja. Beliau juga mengatakan pendidik-pendidik estetik mesti tahu dengan mendalam nilai-nilai muzik seperti mana cendekiawan-cendekiawan professional. Pendidik-pendidik ini mesti menggambarkan seni muzik secara keseluruhan dan tulen kepada kanak-kanak. Dalam pendekatannya, Reimer memasukkan unsur-unsur dari spectrum yang luas dalam kesusasteraan muzikal dan menggalakkan pendedahan kepada muzik untuk lain-lain budaya. Beliau percaya ini akan membawa kepada pemahaman yang lebih dalam pada diri kita dan hubungan dengan budaya-budaya lain. Maksud Perkataan :
a) Falsafah
- Kecintaan kepada kebijaksanaan dengan berfikir secara mendalam dan tepat mengenai satu-satu perkara. - Mengapa perlu pada falsafah. Pengajar-pengajar muzik memerlukan panduan kepercayaan tentang alam semulajadi dan nilai-nilai subjek itu.
b)
Aesthetics / Estetika.- Tanggapan dan kepuasan dalam muzik ( respon ).
Nilai-nilai estetika dalam muzik.(i) Bunyi-bunyi yang merdu.
(ii) Mencipta muzik yang bermakna ( fikiran, badan dan perasaan ).
(iii) Universal / kebudayaan / individu.
(iv) Pengalaman langsung dengan bunyi-bunyi muzik.
Ciri-ciri pengalaman dalam muzik menurut Reimer:(i) Memerlukan tanggapan bunyi itu sesuatu yang berseni / artistik.
(ii) Tindak balas efektif untuk meluahkan bunyi yang semulajadi.
(iii) Muzik sebagai cara untuk membelai rasa.
(iv) Muzik sebagai cara untuk dimensi kreatif.
(v) Muzik sebagai cara untuk dimensi sosial / kontekstual.
1992 – Standard Movement seperti yang disarankan oleh MENC :1. Nyanyian
2. Bermain
3. Menggunakan apa-apa bahan yang ada
4. Mencipta / menyusun / menggubah
5. Kemahiran membaca not ( notasi ) dan memahaminya.
6. Mendengar
7. Menilai
8. Hubungan antara muzik dan lain-lain seni serta disiplin.
9. Memahami muzik dan sejarahnya serta dimensi budaya.
Sumber Rujukan:
http://cikgumuzik.com/index.php?option=com_content&view=article&id=57&Itemid=66