Subject: PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT Sun Nov 11, 2012 10:48 am
KEPERLUAN UPSR
1. Soalan memindahkan maklumat ada ditanyakan dalam Bahagian A, Kertas 012 Bahasa Melayu UPSR. 2. Dalam bahagian ini, calon diberikan gambar sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri. 3. Calon diminta menulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar-gambar yang diberikan. 4. Jawapan calon perlu berisi perkara-perkara yang tersurat daripada gambar berkenaan. 5. Masa yang diperuntukkan untuk menjawab soalan dalam bahagian ini ialah 15 minit. 6. Markah yang diperuntukan untuk bahagian ini ialah sebanyak 10 markah.
Admin1
Posts : 683 Join date : 2011-09-23
Subject: Re: PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT Sun Nov 11, 2012 12:07 pm
A. MENELITI BAHAN 1. Anda hendaklah membaca arahan dengan teliti. 2. Anda diminta meneliti gambar tunggal atau gambar bersiri yang diberikan. 3. Anda hendaklah mengenal pasti perkara-perkara seperti berikut: a) idea keseluruhan tentang gambar; b) aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar. c) maklumat-maklumat yang tercatat dalam gambar.
Admin1
Posts : 683 Join date : 2011-09-23
Subject: Re: PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT Sun Nov 11, 2012 12:12 pm
B. MEMBINA AYAT 1. Anda diminta membina lima ayat. 2. Anda hendaklah membina ayat-ayat tentang maklumat yang tersurat, iaitu yang terdapat dalam gambar saja. 3. Anda hendaklah menyatakan watak yang terdapat dalam gambar secara umum. Contohnya:lelaki itu, penjual itu, orang tua itu 4. Nomborkan ayat-ayat anda, iaitu dari satu hingga lima.
Admin1
Posts : 683 Join date : 2011-09-23
Subject: Re: PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT Sun Nov 11, 2012 12:16 pm
C. STRUKTUR AYAT 1. Ayat anda mestilah gramatis. 2. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk. 3. Pastikan ayat-ayat anda tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan, dan tanda baca. 4. Ayat anda hendaklah jelas menggambarkan maklumat yang tersurat yang hendak anda sampaikan.
Admin1
Posts : 683 Join date : 2011-09-23
Subject: Re: PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT Sun Nov 11, 2012 12:20 pm
D. MERANCANG MASA 1. Rancanglah masa 15 minit yang diperuntukkan dengan sebaik-baiknya, iaitu: a) masa untuk meneliti bahan; b) masa untuk membina ayat; c) masa untuk menyemak jawapan anda. 2. Hal ini penting supaya anda tidak menggunakan masa lebih daripada 15 minit untuk Bahagian A.
Admin1
Posts : 683 Join date : 2011-09-23
Subject: Re: PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT Sun Nov 11, 2012 12:23 pm
E. MENYEMAK 1. Setelah anda membina kelima-lima ayat itu, pastikanlah anda membaca ayat-ayat itu semula. 2. Hal ini penting supaya anda dapat menyemak ejaan, penggunaan tanda baca, dan penggunaan huruf besar dan huruf kecil. 3. Pastikan tulisan anda jelas dan kemas.