Portal Cikgu M
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


Berusaha menjadi antara yg terbaik...
 
HomeLatest imagesSearchRegisterLog in
PERHATIAN
Daftarlah sekarang... percuma, mudah & cepat... utk melihat semua ruangan...
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests

None

Most users ever online was 105 on Fri Apr 09, 2021 2:03 pm
Latest topics
» Perkongsian Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Mon Apr 13, 2020 10:33 am

» KONSEP MUZIK
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Thu Oct 17, 2013 12:01 pm

» bagaimanakah cara nak tukar not nombor kepada not biasa??
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Sat Oct 12, 2013 3:10 pm

» Ranking Portal Cikgu M
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Sat May 18, 2013 2:46 pm

» CONTOH SOALAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT(BHG. A)
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Thu May 09, 2013 8:21 am

» Ingin tinggalkan mesej?
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Fri Apr 26, 2013 4:51 am

» CIRI-CIRI PENSKORAN KERTAS 012 PENULISAN BAHAGIAN A
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:44 pm

» TIP PEMERIKSA
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:26 pm

» PANDUAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Sun Nov 11, 2012 12:23 pm

» Zoltan Kodaly
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 5:02 am

» TOKOH MUZIK
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:24 am

» SKEL MINOR
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 4:07 am

» LATIHAN KOIR
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 3:58 am

» PEPERIKSAAN UPSR BERMULA HARI INI
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Tue Sep 11, 2012 1:16 am

» SKEL MAJOR
DEFINISI GURU CEMERLANG Emptyby Admin1 Mon Sep 10, 2012 10:19 am

Pautan Berguna
Forum Mari Belajar (FMB)
JPN SABAH
KPM
SPP
e-Penyata Gaji
e-HASIL
PCgM Shoutbox



 

 DEFINISI GURU CEMERLANG

Go down 
AuthorMessage
Admin1




Posts : 683
Join date : 2011-09-23

DEFINISI GURU CEMERLANG Empty
PostSubject: DEFINISI GURU CEMERLANG   DEFINISI GURU CEMERLANG EmptySat Jul 28, 2012 5:20 am

Definisi Guru Cemerlang

Pengenalan
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan laluan kenaikan pangkat sebagai guru Cemerlang adalah untuk memberi
peluang kepada guru-guru yang benar-benar cemerlang dan menyerlah dalam mata pelajaran yang diajar ataupun di dalam bidang pengkhususan tanpa perlu menukarkan ke jawatan pentadbiran. Dengan cara ini, guru-guru yang
bermotivasi tinggi, mahir, berpengalaman dan pakar dalam sesuatu bidang tertentu dapat terus dikekalkan untuk mengajar di sekolah bagi memperkasakan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)

Pelaksanaan konsep Guru Cemerlang juga bertujuan untuk menjadikan guru-guru yang dilantik sebagai role model yang akan menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada guru lain untuk sama-sama bersaing meningkatkan lagi tahap pencapaian kualiti P&P di sekolah masing-masing. Kewujudan Guru Cemerlang diharapkan dapat menjadi pemangkin bagi sesebuah sekolah
untuk meningkatkan prestasi akademik yang lebih cemerlang dan gemilang.

Punca Kuasa
Pada tahun 1993, Mesyuarat Jemaah Menteri telah pun meluluskan memorandum bertajuk “ Sistem Kenaikan Pangkat Dalam Perkhidmatan Pendidikan: Cadangan Yang Cemerlang”. Hasilnya, konsep Guru Cemerlang telah dijadikan sebagai satu laluan kenaikan pangkat yang baru mulai tahun
1994.

Kuota Guru Cemerlang
Pada tahun 1994, kuota asal Guru Cemerlang yang telah diluluskan dibawah SSB adalah sebanyak 1,000 bagi kenaikan pangkat dari Gred DG3 ke DG2 dan sebanyak 1,600 jawatan bagi kenaikan pangkat dari Gred D6 Ke Gred DG5.
Pada tahun 2004, Kerajaan telah mewujudkan 12 kuota Guru Cemerlang Gred Khas C. Pada tahun 2006, Kerajaan telah menambah kuota untuk gred sisipan Gred DGA32,DGA34, DG44 dan Gred DG52 menjadikan jumlah kuota keseluruhan
Guru Cemerlang sebanyak 9,374.

Mulai tahun 2006, konsep Guru Cemerlang Gred Khas C yang pada awalnya dikhaskan untuk guru-guru di sekolah turut diperluaskan ke peringkat institusi-institusi lain seperti IPG dan KM. Mesyuarat Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang pada 26 Mac 2009 telah meluluskan pertambahan kuota jawatan Guru Cemerlang
menjadikan kuota keseluruhan jawatan Guru Cemerlang menjadi 14,327 jawatan (Jadual 3)

DEFINISI GURU CEMERLANG Kotagurucemerlang


Syarat-syarat Pemangkuan
Bagi melayakkan calon untuk memangku Guru Cemerlang , calon perlu memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang ditetapkan. Syarat-syarat pemangkuan terbahagi kepada (2) bahagian iaitu syarat-syarat khusus.

Syarat-syarat Umum
Disahkan dalam perkhidmatan (bagi urusan pemangkuan ke Gred DG44(KUP) sahaja):
i. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan berdasarkan LNPT bagi 3 tahun terakhir;
ii. Bebas daripada tindakan tatatertib;
iii. Telah mengisytiharkan harta;
iv. Lulus tapisan keutuhan SPRM;
v. Bebas daripada senarai Peminjam Tegar Institusi Pinjaman Pendidikan;
vi. Diperakukan oleh Ketua Jabatan / Perkhidmatan.

Syarat-syarat Khusus
i. Bagi Gred DGA32(KUP): sekurang-kurangnya 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun mengajar mata pelajaran kepakaran:
ii. Bagi Gred DG44(KUP): sekurang-kurang 5 tahun mengajar termasuk 3 tahun terakhir mengajar mata pelajaran pakar;
iii. Bagi Gred DG48(KUP); telahdinaikkanpangkat ke Gred DG44(KUP)/Gred DG44 hakiki;
iv. Bagi Gred DG52(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG48(KUP)/Gred48 hakiki;
v. Bagi Gred DG54(KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG52(KUP)/Gred DG52 hakiki;
vi. Bagi Gred Khas C (KUP): telah dinaikkan pangkat ke Gred DG54(KUP)/Gred DG54 hakiki.
Back to top Go down
 
DEFINISI GURU CEMERLANG
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» SELAMAT HARI GURU(LIRIK LAGU HARI GURU 2012)
» SELAMAT HARI GURU(LIRIK LAGU HARI GURU 2012)
» SELAMAT HARI GURU(LIRIK LAGU HARI GURU 2012)
» TIPS UNTUK CEMERLANG BHG A
» Apakah sebenar-benarnya yang kita mahukan dengan menjadi GURU?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Portal Cikgu M :: TOPIK-TOPIK LAIN :: Topik Lain-
Jump to: