Cadangan Jawapan 1. Pada hari Sabtu yang lepas, Anita dan keluarganya bergotong-royong menyediakan hidangan tengah hari di dapur.
2. Anita sedang mencuci pinggan mangkuk menggunakan sabun pencuci di sinki.
3. Bapa Anita pula sedang memotong buah tembikai di atas landas cencang menggunakan sebilah pisau yang tajam.
4. Ibu Anita sedang menggoreng sayur di dalam kuali di atas dapur dengan menggunakan sebatang sudip.
5. Adik Anita membuka kabinet dapur untuk mengambil cawan yang akan digunakan semasa makan tengah hari.