Cadangan Jawapan 1.Terdapat banyak cara yang boleh dilakukan oleh murid untuk memanfaatkan masa lapang sama ada di rumah atau di luar rumah.
2.Murid-murid boleh menghabiskan masa lapang di rumah dengan membaca buku atau mengulangkaji pelajaran untuk menambahkan pengetahuan.
3.Di samping itu, murid-murid boleh melakukan hobi yang mereka minati seperti melukis dan mewarna.
4.Aktiviti bersenam juga boleh dijalankan untuk mengisi masa lapang di samping dapat mengekalkan kecergasan badan.
5.Menanam pokok bunga bukan sahaja dapat mengisi masa lapang bahkan menceriakan suasana di rumah.