Tulis lima ayat yang lengkap
Tip-tip penting dalam Kertas 2, Bahagian A:
• Ayat-ayat mestilah logik, gramatis dan juga mempunyai ayat majmuk.
• Tulislah apa yang terdapat dalam gambar itu dengan ayat yang lengkap dan perluasan kata.
• Kalau murid-murid diminta ‘Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar diberi’, pastikan ayat-ayat lengkap dan ada kata kerja.
• Kalau murid-murid diminta ‘Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar di bawah’, pastikan ayat-ayat lengkap berkaitan dengan gambar diberi.